
Budaya
Kebanyakan pendatang Cina yang
terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba
juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih
menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak
pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada
keturunan Kantonis, Hakka dan lain-lain.
Pakaian
Agama
Baba dan Nyonya mengamalkan
agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil
mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda,
British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.
Masakan
Perkahwinan
Catatan dari abad ke-19 dan awal
abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba lazimnya mengahwini wanita dalam
masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk
pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari
suami.
Orang Peranakan biasanya
berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling
menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami
menyertai keluarga isteri.
Lamaran memerlukan buah tangan pinangan,
iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili
pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak
beragama Islam,
sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada
yang memeluk agama Kristian. Majlis perkahwinan Peranakan yang
banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang
paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu
berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa
Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang bergilir-gilir
menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan
perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas,
siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan
tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta
kepandaian menyerikan lagi persembahan.
No comments:
Post a Comment