Sempena Pertabalan Agong, 11 April 2012 adalah cuti umum bagi rakyat Malaysia. Hari pertabalan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April ini diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara. Pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing.
Monday, 23 April 2012
Saturday, 21 April 2012
Tamadun India
Latar Belakang Tamadun India
Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh
ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan
kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat
Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan
permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah
lahirnya agama Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus,
menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke
Lembah Ganges.
Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri
daripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau
kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan
Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun
321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa
pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan.
Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan
Asoka.
Pentadbiran dan Perundangan
Pada
tahap awal pembentukannya,tamadun India mempunyai dua bentuk kerajaan,iaitu
kerajaan kecil dan kerajaan besar. Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan
tidak mempunyai raja. Mnakala kerajaan besar dikeyuai oleh raja seperti
kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha.
Dalam
tamadun ini, sememangnya raja mengamalkan kuasa mutlak. Kedudukan seseorang ini
kemudian diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasaskan
kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati. Golongan
Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan peranan penting dan ini
diikuti dengan golongan Kryatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta
merupakan golongan dominan.
Chandragupta
Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil
di India.Hal ini mengubah status raja kepada maharaja. Empayar Mauryameliputi
kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negerinya terletak
di Paliputra. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan
Maharaja Asoka.Asoka telah menamatkan perang saudara dan menakluk Kalinga
selepas Perang Kalinga.Asoka lebih menekan kepada kedamaian dan kemajuan sosial
serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi
menerusi ketenteraan.
Peningkatan Ekonomi
Antara
pusat perdagangan yang penting termasuklah Anga,Kalinga, dan Karusa yang
menghasilakan senjata,gading gajah, emas, berlian dan mutiara.Hubungan perdagangan
dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara. Antara
pelabuhan yang penting yang menghubungkan India dengan negara luar termasuklah
Tamralipti, Ghantashala, dan Kadura di bahagian timur, serta Broach, Chaul,
Kalyan, dan Cambay di bahagian barat.
Perkembangan
pesat sektor ekonomi ini telah merangsang kewujudan persatuan perdagangan dan
perusahaan yang dikenali sebagai stresthin di setiap bandar. Matlamat persatuan
adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan, dan gaji pekerja. Undang-undang
telah digubal bagi mengawal persatuan dan perlaksanaan undang-undang telah
diawasi raja. Mata wang telah digunakan sebagai medium jual beli.Semasa Zaman
Gupta, bentuk mata wang emas telah digunakan. Penggunaan mata wang dalam proses
jual beli ini membuktikan bahawa pemerintah dalam tamadun India seperti Dinasti
Maurya dan Gupta telah melaksanakan satu dasar kewangan dan ekonomi yang
sistematik. Aktiviti perdagangan sejak Zaman Maurya sangat disokong oleh
perkembangan dalam sektor perusahaan terutamanya pengeluran tekstil, kain kapas
dan sutera.
Pendidikan
Peninkatan
dalam bidang pendidkan bermula pada Zaman Vedik.Pendidikan pada zaman ini
sangat mementingkan keagamaan dan Hindu menjadi terasnya.Pendidikan pada zaman
ini hanya didominasi oleh kaum lelaki.Golongan wanita pada masa itu tidak
mempunyai ruang untuk menerima pendidikan. Pendidikan pula memberikan perhatian
kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit merupakan medium
pengajaran yang penting. Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk
mendalami kitab-kitab Veda tersebut.
Pendidikan
yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia
menghadapi hari selepas mati. Tumpuan pendidikan ialah agama. Segala hukum
agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai
murni yang diajar oleh agama. Pendidikan tinggi telah diberikan di Kolej
Brahman.Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin tang berpendidikan, seseorang
harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan
ritual, mantera, dan lagu-lagu agama.
Falsafah
Falsafah
wujud dalam 2 bentuk pemikiran yang besar, iaitu kumpulan yang bersumberkan
kitab Veda dan yang menolak kitab Veda. Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda,
Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda. Upanishad, Mahabharata, dan Bhagavad
Gita merupakan antara sumber falsafah yang terdapat dalam Veda. Sementara
falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainismedan Buddhisme.
Sains dan Teknologi
Sains
dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang
astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda.Ilmu matematik telah wujud dalam
tamadun India dan berkembang pest pada Zaman Gupta. Ahli matematik India telah
mengetahui tentang konsep geometri dan telah memperkenalkansistem nombor, iaitu
angka Brahmin dan angka Kharosti.Sistem angka juga telah wujud dalam tamadun
Yunani, iaitu herodianicdan ionic.Ilmu perubatan berkembang disebabkan
kecendurungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga.
Seni Bina
Masyarakat
telah berupaya untuk membina binaan yang sangat baik.Hal ini dapat dilihat pada
binaan Great Bath. Oleh sebab kehidupan masyarakat India sangat erat
hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembangberdasarkan
keagamaan. Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan
Hindu.Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua
Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil. Sementara itu kompleks kuil di Gua
Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga
abad kelapan Masihi.
Bahasa dan Kesusasteraan
Kelompok
Dravidia dan Indo- Arya mempunyai budaya serta bahasa yang berbeza. Bagi
masyarakat Dravidia di bahagian selatan India bahasanya adalah seperti Telegu,
Malayalam, Kannada dan sebagainya.Bahasa utama pada Zaman Vedik ialah bahasa
Sanskrit.
Tamadun
India turut menghasilkan satera agama Hindu dan Buddha, antaranya termasuklah
epik Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata menceritakan peperangan antara dua
tentera, iaitu yang baik dan yang jahat. Ramayana pula ialah cerita inkarnasi
Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang melarikan
isterinya, Sita.
Sistem Sosial
Dalam
tamadun Indi,salah satu perkara penting yang harus diperhatikan dalam sistem
sosial ialah kewuujudan sistem kasta. Sistem ini merupakan sebuah institusi
yang sangat unik dan tidak ditemui dalam mana-mana tamadun dunia yang lain.
Sistem ini mempunyai empat kasta utama,iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan
Sudra. Keempat-empat kasta ini mempunyai tangggungjawabyang berbeza. Sistem
kasta ini menjadi darah daging kepada sistem sosial India dan sistem ini
diikuti dengan ketat. Berdasarkan sistem ini, abtara lainnya, seseorang lelaki
tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh
bercampur gaul dengan ahli kasta yang berbeza.
Agama Hindu
Agama
ini percaya bahawa Tuhan mempunyai enam aliran ,iaitu Saivisme, Vaishnavisme,
Saktham, Ganapathyam, Kaumaramdan Saura. Sejak zaman empayar Maurya, agama ini
telah menjadi agama yang penting dan memaparkan dominasi golongan Brahmin.
Agama ini mendapat saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa
pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka. Kegemilangan agama Hindu muncul
pada masa empayar Gupta.
Penganut
agama Hindu juga mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan manusia
semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula adalah
bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Mosyak, iaitu
kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan
tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh yang demikian, seseorang itu perlulah
berbuat baik semasa hidupnya agar Moksya dapat dicapai.
Monday, 2 April 2012
PUNCA-PUNCA REMAJA-REMAJA MENAGIH DADAH
Gesaan bekas Perdana Menteri Malaysia,Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi agar seluruh angota masyarakat bekerjasama dalam
usaha mencegah gejala penyalahgunaan dadah kini bagai mencurah air ke daun
keladi. Apakah rakyat tidak sedar bahawa penyalahgunaan dadah meemberi banyak
kesan buruk kepadGesaan bekas Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi agar seluruh angota masyarakat bekerjasama dalam usaha mencegah
gejala penyalahgunaan dadah kini bagai mencurah air ke daun keladi. Apakah
rakyat tidak sedar bahawa penyalahgunaan dadah meemberi banyak kesan buruk
kepada diri sendiri,keluarga,masyarakat dan negara? Rakyat tidak seharusnya
mempunyai mentaliti silo dan menyerahkan segala tanggungjawab kepada kerajaan
sahaja . Kalau tiada angin,masakan pokok bergoyang. Dasawarsa ini,sama ada kita
sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan teknologi
yang seiring dengan arus perdana,terdapat satu masalah yang masih belum dapat
dibasmi oleh jagatraya iaitu penyalahgunaan dadah. Pertubuhan Kesihatan Dunia
(WHO) telah mengesahkan bahawa rakyat Malaysia yang menghisap rokok menghisap
14 batang sehari. Hakikatnya,semuanya bermula daripada sebatang rokok. Sebagai
memperkukuhkan lagi penyataan tersebut,punca-punca yang menunjangi masalah ini
perlu diperincikan demi kebaikan bersama agar masalah ini boleh dibasmi
sehingga ke akar umbi.
Satu daripada punca-punca penagihan dadah
ialah sifat naluri seseorang yang ingin mencuba. Sebagai remaja,mereka
sememangnya terikat dengan naluri ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka ingin
menunjukkan sifat kelelakian serta kematangan mereka. Oleh itu,dengan hanya
menghisap sebatang rokok yang menjadi punca utama kepada penagihan dadah,mereka
berasa sudah matang dan cukup dewasa. Mantan Menteri Pelajaran Malaysia,Datuk
Seri Hishammudin Tun Hussein pernah berkata bahawa perlakuan orangdewasa itu
akan dicontohi oleh golongan remaja yang mempunyai naluri ingin mencuba yang
tinggi. Semua jenis dadah mengandungi bahan kimia yang mengkhayalkan dan
berbahaya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan,rakyat
Malaysia yang terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah kerana perasaan
ingin tahu adalah 28.49 peratus. Berfikir sebelum buat adalah satu
kebijaksanaan,berfikir selepas buat adalah satu kebodohan dan berbuat tanpa
fikir adalah seribu kejahilan. Penagih dadah sememangnya tidak berfikir panjang
untuk mengambil dadah. Mereka hanya mahukan kepuasan sehingga sanggup
mencuri,membunuh serta melakukan segala perkara yang boleh membantu mereka
mendapatkan dadah.
Hasil kajian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM ) mendedahkan bahawa pengaruh rakan sebaya sebagai satu daripada punca-punca remaja menagih dadah. Prof. Madya Dr. Lekra Ramal berkata 14.6 peratus daripada remaja yang berumur antara15-19 tahun sudah mula berjinak-jinak dengan najis dadah. Remaja yang banyak bercampur dengan orang yang lebih dewasa daripadanya akan dipengaruhi dengan pemikiran dan gaya hidup orang dewasa. Orang dewasa pula akan mengambil kesempatan dengan menggunakan mereka yang lebih muda. Akibatnya,golongan muda akan lebih mudah terdedah kepada risiko keruntuhan akhlak dan kekeliruan akan diri sendiri. Isu penyalahgunaan dadah sememangnya datang seperti ribut,pergi seperti semut. Remaja yang tidak berhati-hati dalam memilih kawan pasti akanterikutdengan perbuatan negatif yang dilakukan oleh rakannya. Kalau tidak berada-ada,masakan tempua bersarang rendah. Jelaslah bahawa rakan sebaya memberi pengaruh yang kuat terhadap diri seseorang remaja.
Kerajaan juga menjadi punca penagihan serta penyalahgunaan dadah. Kerajaan telah menetapkan peraturan untuk tidak mewajibkan doktor dan hospital melarang pesakit mereka menggunakan dadah yang dibenarkan. Sememangnya diakui sektor perubatan banyak menggunakan dadah terutamanya dadah jenis kodein. Kerajaan seharusnya memasukkan beberapa nutrisi suplemen sebagai ganti ubatan dadah untuk para pesakitnya sepertimana yang telah dilakukan oleh Dr. Ray D. Strand di Amerika. Walaupun kerajaan menyekat promosi oleh syarikat tembakau ,Kementerian Kesihatan masih ingin meminta pandangan syarikat tersebut. Tindakan Kementerian Kesihatan yang meminta pandangan syarikat tersebut serta bekerjasama dengannya seolah-olah memperolok-olokkan usaha kerajaan untuk menyekat penagihan dadah yang semakin menular di Malaysia.
Hakikatnya,punca penyalahgunaan dadah bermula daripada remaja itu sendiri. Perkara pertama yang dipandang remeh oleh remaja ialah pemilihan rakan yang sesuai. Rakan yang baik akan mendorong rakannya untuk melakukan kebaikan dan begitulah sebaliknya. Remaja yang mempunyai jati diri dan serta pegangan agama yang kuat tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala –gejala sosial. Tetapi,jika dilihat kini,remaja semakin hilang pedoman dan jati diri. Mereka tidak mempunyai benteng pertahanan yang dapat melindungi mereka daripada segala perkara yang negatif terutamanya dadah. Amat memalukan apabila statistik menunjukkan bilangan penagih dadah didominasi oleh kaum Melayu. Apabila disebut sahaja kaum Melayu,sudah semestinya dikaitkan dengan agama Islam. Imej agama Islam akan semakin tercalar dek perangai buruk mereka. Ingatlah,kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu,sudah terang lagikan bersuluh bahawa sikap diri sendiri juga mempengaruhi gejala penagihan dadah,ditambah lagi dengan fakta nombor yang menunjukkan seramai 22344 orang Melayu menjadi penagih dadah.
Selain itu,menurut wartawan dan penulis kepada sebuah petikan iaitu Kehidupan Malam Anak-anak Chow Kit, anak-anak pekerja seks di Jalan Chow Kit berkeliaran dan bermain-main sambil menunggu ibu mereka ‘bekerja’. Mereka terbiar dan tiada tempat bergantung ibarat layang-layang terputus talinya. Penyataan tersebut menunjukkan bahawa ibu bapa juga menjadi punca penagihan dadah. Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mereka tanpa meluangkan masa serta mengawasi anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak mereka melakukan apa-apa sahaja perkara yang dikehendakinya. Penyataan itu juga menunjukkan bahawa ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan atau ‘role model’,bukan memberikan contoh yang buruk kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Datuk Seri Hishammudin pernah berkata bahawa perlakuan orang dewasa itu biasanya akan dicontohi oleh golongan yang lebih muda. Anak-anak yang lahir ibarat kain putih. Terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkan anak-anak mereka. Oleh yang demikian,kegagalan ibu bapa mencorakkan peribadi anak-anak mereka mengundang kepada isu penagihan dan penyalahgunaan dadah.Konklusinya,rakyat seharusnya bersatu padu antara satu sama lain bagi membentuk negara Malaysia yang bebas dadah pada tahun 2015. Tetapi,apakah yang sedang berlaku dalam negara ini? Rakyat berpeluk tubuh dan menyerahkan semua perkara kepada pihak kerajaan. Agaknya,setelah nasi menjadi bubur barulah mereka hendak berganding bahu dengan kerajaan bagai aur denga tebing untuk menjayakan dasar dadah negara. Apa gunanya diwujudkan Agensi Anti Dadah Kebangsaaan jika rakyat tidak mahu bekerjasama dengan agensi tersebut? Kita tidak mahu kejadian sebagaimana yang diungkapkan oleh pendakwah dan ilmuwan Islam terkenal iaitu Sheikh Abu Ali Hassan Al Nadwiy yang berbunyi ‘amat malang sekiranya berlaku satu kumpulan daripada kita bersungguh-sungguh mewarnakan dinding dengan cat putih lagi bersih,sedangkan satu kumpulan yang lain pula asyik membalingdinding yang putih dan cantik tadi dengan kotoran.a diri sendiri,keluarga,masyarakat dan negara? Rakyat tidak seharusnya mempunyai mentaliti silo dan menyerahkan segala tanggungjawab kepada kerajaan sahaja . Kalau tiada angin,masakan pokok bergoyang. Dasawarsa ini,sama ada kita sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan teknologi yang seiring dengan arus perdana,terdapat satu masalah yang masih belum dapat dibasmi oleh jagatraya iaitu penyalahgunaan dadah. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengesahkan bahawa rakyat Malaysia yang menghisap rokok menghisap 14 batang sehari. Hakikatnya,semuanya bermula daripada sebatang rokok. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut,punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama agar masalah ini boleh dibasmi sehingga ke akar umbi

berbahaya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Agensi Anti Dadah
Kebangsaan,rakyat Malaysia yang terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah
kerana perasaan ingin tahu adalah 28.49 peratus. Berfikir sebelum buat adalah
satu kebijaksanaan,berfikir selepas buat adalah satu kebodohan dan berbuat
tanpa fikir adalah seribu kejahilan. Penagih dadah sememangnya tidak berfikir
panjang untuk mengambil dadah. Mereka hanya mahukan kepuasan sehingga sanggup
mencuri,membunuh serta melakukan segala perkara yang boleh membantu mereka
mendapatkan dadah.
Hasil kajian Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM ) mendedahkan bahawa pengaruh rakan
sebaya sebagai satu daripada punca-punca remaja menagih dadah. Prof. Madya Dr.
Lekra Ramal berkata 14.6 peratus daripada remaja yang berumur antara15-19 tahun
sudah mula berjinak-jinak dengan najis dadah. Remaja yang banyak bercampur
dengan orang yang lebih dewasa daripadanya akan dipengaruhi dengan pemikiran
dan gaya hidup orang dewasa. Orang dewasa pula akan mengambil kesempatan dengan
menggunakan mereka yang lebih muda. Akibatnya,golongan muda akan lebih mudah
terdedah kepada risiko keruntuhan akhlak dan kekeliruan akan diri sendiri. Isu
penyalahgunaan dadah sememangnya datang seperti ribut,pergi seperti semut.
Remaja yang tidak berhati-hati dalam memilih kawan pasti akanterikutdengan
perbuatan negatif yang dilakukan oleh rakannya. Kalau tidak berada-ada,masakan
tempua bersarang rendah. Jelaslah bahawa rakan sebaya memberi pengaruh yang
kuat terhadap diri seseorang remaja.
Kerajaan juga menjadi punca penagihan serta
penyalahgunaan dadah. Kerajaan telah menetapkan peraturan untuk tidak
mewajibkan doktor dan hospital melarang pesakit mereka menggunakan dadah yang
dibenarkan. Sememangnya diakui sektor perubatan banyak menggunakan dadah
terutamanya dadah jenis kodein. Kerajaan seharusnya memasukkan beberapa nutrisi
suplemen sebagai ganti ubatan dadah untuk para pesakitnya sepertimana yang
telah dilakukan oleh Dr. Ray D. Strand di Amerika. Walaupun kerajaan menyekat
promosi oleh syarikat tembakau ,Kementerian Kesihatan masih ingin meminta
pandangan syarikat tersebut. Tindakan Kementerian Kesihatan yang meminta
pandangan syarikat tersebut serta bekerjasama dengannya seolah-olah
memperolok-olokkan usaha kerajaan untuk menyekat penagihan dadah yang semakin
menular di Malaysia.
Hakikatnya,punca penyalahgunaan dadah
bermula daripada remaja itu sendiri. Perkara pertama yang dipandang remeh oleh
remaja ialah pemilihan rakan yang sesuai. Rakan yang baik akan mendorong
rakannya untuk melakukan kebaikan dan begitulah sebaliknya. Remaja yang mempunyai
jati diri dan serta pegangan agama yang kuat tidak akan mudah terpengaruh
dengan gejala –gejala sosial. Tetapi,jika dilihat kini,remaja semakin hilang
pedoman dan jati diri. Mereka tidak mempunyai benteng pertahanan yang dapat
melindungi mereka daripada segala perkara yang negatif terutamanya dadah. Amat
memalukan apabila statistik menunjukkan bilangan penagih dadah didominasi oleh
kaum Melayu. Apabila disebut sahaja kaum Melayu,sudah semestinya dikaitkan
dengan agama Islam. Imej agama Islam akan semakin tercalar dek perangai buruk
mereka. Ingatlah,kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu,sudah
terang lagikan bersuluh bahawa sikap diri sendiri juga mempengaruhi gejala
penagihan dadah,ditambah lagi dengan fakta nombor yang menunjukkan seramai
22344 orang Melayu menjadi penagih dadah.
Selain itu,menurut wartawan dan penulis
kepada sebuah petikan iaitu Kehidupan Malam Anak-anak Chow Kit, anak-anak
pekerja seks di Jalan Chow Kit berkeliaran dan bermain-main sambil menunggu ibu
mereka ‘bekerja’. Mereka terbiar dan tiada tempat bergantung ibarat
layang-layang terputus talinya. Penyataan tersebut menunjukkan bahawa ibu bapa
juga menjadi punca penagihan dadah. Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mereka
tanpa meluangkan masa serta mengawasi anak-anak mereka akan menyebabkan
anak-anak mereka melakukan apa-apa sahaja perkara yang dikehendakinya.
Penyataan itu juga menunjukkan bahawa ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan
atau ‘role model’,bukan memberikan contoh yang buruk kerana ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi. Datuk Seri Hishammudin pernah berkata bahawa perlakuan
orang dewasa itu biasanya akan dicontohi oleh golongan yang lebih muda.
Anak-anak yang lahir ibarat kain putih. Terpulanglah kepada ibu bapa untuk
mencorakkan anak-anak mereka. Oleh yang demikian,kegagalan ibu bapa mencorakkan
peribadi anak-anak mereka mengundang kepada isu penagihan dan penyalahgunaan
dadah.
Konklusinya,rakyat seharusnya bersatu padu
antara satu sama lain bagi membentuk negara Malaysia yang bebas dadah pada tahun
2015. Tetapi,apakah yang sedang berlaku dalam negara ini? Rakyat berpeluk tubuh
dan menyerahkan semua perkara kepada pihak kerajaan. Agaknya,setelah nasi
menjadi bubur barulah mereka hendak berganding bahu dengan kerajaan bagai aur
denga tebing untuk menjayakan dasar dadah negara. Apa gunanya diwujudkan Agensi
Anti Dadah Kebangsaaan jika rakyat tidak mahu bekerjasama dengan agensi
tersebut? Kita tidak mahu kejadian sebagaimana yang diungkapkan oleh pendakwah
dan ilmuwan Islam terkenal iaitu Sheikh Abu Ali Hassan Al Nadwiy yang berbunyi
‘amat malang sekiranya berlaku satu kumpulan daripada kita bersungguh-sungguh
mewarnakan dinding dengan cat putih lagi bersih,sedangkan satu kumpulan yang
lain pula asyik membalingdinding yang putih dan cantik tadi dengan kotoran.
Sunday, 1 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)