Blogger Widgets

Tuesday 27 March 2012

Pelajar Bunuh Diri Kerana Tekanan Belajar

Pelajar Bunuh Diri Kerana Tekanan Belajar


Peperiksaan merupakan satu kemestian kepada para pelajar. Kejayaan di dalam peperiksaan membuktikan kesungguhan dan keperihatinan pelajar terhadap pelajaran yang dipelajari, juga kepekaan terhadap tanggunggjawab sebagai seorang pelajar.

Ia juga merupakan medan ujian untuk menentukan kelayakan dan kebolehan seorang pelajar memahami apa yang dipelajari, sekaligus sebagai saringan untuk menentukan pangkat yang sepatutnya diperolehi oleh pelajar. Keistimewaan yang banyak menunggu pelajar yang mendapat keputusan peperiksaaan yang baik tetapi sebaliknya kepada yang gagal.

Tekanan di dalam diri seorang pelajar datang dari pelbagai sudut kehidupan, di antaranya tekanan daripada kedua orang tuanya untuk melihat kejayaan anaknya. Bayangkanlah jika setiap surat yang ditulis oleh ibubapa kepada para pelajar dipenuhi dengan harapan dan pesanan agar mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Harapan yang tinggi daripada kedua orang tua di tanah air menyebabkan tekanan yang tinggi, apatah lagi jika pelajar itu kurang bersedia untuk menghadapi peperiksaaan.

Tekanan seperti ini akan lebih cepat wujud di kalangan pelajar yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Harapan serta pesanan orang tua jika dianggap sebagai pendorong untuk mendapat kejayaan merupakan satu pemikiran yang positif tetapi jika ia dianggap sebagai tekanan yang berlebihan akan menyebabkan pelajar cepat tertekan sehinggga wujudnya kesan keserabutan di dalam pemikirannya dan boleh menyebabkan tindakan yang luarbiasa dilakukan olehnya. Tidak hairanlah adanya kejadian bunuh diri dikalangan pelajar, terutamanya di Jepun dan negara Barat kerana tidak dapat mengawal perasaan.

Sebagai contohnya, berita yang terkini, seorang pelajar University Sains Malaysia(USM)  yang ditemui mati bunuh diri. Pelajar ini bunuh diri kerana dia rasa dia tidak ada masa depan yang baik, walaupun dia berusaha semasa belajar tetapi dia gagal mendapat keputusan yang baik. Dia menyatakan dia seorang yang gemuk dan hodoh hodoh,oleh itu, dia merendahkan diri sendiri dan menganggapkan dia tidak akan berjaya dalam masa depan. Semua maklumat disimpan dalam komputer peribadinya dan dituliskan sebelum dia bunuh diri. Kekurangan berinteraksi dengan kawan- kawan dan keluarga menyebabkan dia mudah salah fikir agar membuat sesuatu yang membahayakan nyawanya. 

Penyelesaian Masalah

Cuba membunuh diri bukan jalan mudah untuk menyelesaikan masalah tekanan, pelajar yang cuba membunuh diri seharusnya mencari penyelesaian yang dapat menyelesaikan tekanan atau masalah tersebut. Tindakan yang perlu diambil berat seperti di bawah:

  1. Pelajar seharusnya memberitahu masalah mereka kepada orang yang rapat dengan mereka supaya orang lain yang berpengalaman dapat memberikan nasihat kepada mereka. 
  2. Ibu bapa sepatutnya menjadi pendengar yang setia kepad anak mereka. Adakalanya remaja tidak dibiasakan oleh ibu bapa untuk munluahkan pandanga mereka kerana dianggap biadap atau kurang sopan. Ibu bapa harus meyakinkan anak-anak bahawa mereka adalah teman yang sedia mendengar sebarang runguntan dan luahan hati mereka. Anak-anak akan berasa ibu bapa mereka sayang kepada mereka dan ambil berat tentang kehidupan mereka. 
  3. Bantuan daripada sahabat yang rapat amt penting kepada pelajar yang terdapat banyak masalah. Remaja muda sekarang lebih selesa berbual dengan sahabat rapat mereka agar shabat rapat haruslah memberi lebih banyak tumpuan kepada kawan mereka supaya apabila remaja tersebut menghadapi apa-apa masalah, dia akan berbincang dengan sahabat baiknya dan sahabat juga tahu tentang situasi mereka.
  4. Kewujudan pakar atau kaunselor amat penting kepada remaja yang sedang menghadapi masalah yang sukar diselesaikan. Ibu bapa perlulah memberi keyakinan kepada anak mereka supaya mereka tida berasa malu apabila terdapat masalah tekanan ini. Pertolongan kauselor amat penting kepada remaja yang bermasalah.
  5. Pihak Kuasa haruslah memberikan kempen yang mementingkan nyawa seperti program yang dijalankan oleh negara Taiwan, iaitu ‘Love Life’. Kita haruslah menyayangi kehidupan kami walaupun terdapat apa masalah. Kempen kesedaran amat penting kerana dapat mempengaruhi pemikiran remaja muda sekarang. 

Tujuh Keajaiban Dunia

Tujuh Keajaiban Dunia
Tujuh Keajaiban Dunia merupakan senarai tujuh ciptaan binaan purba yang menakjubkan. Versi yang paling awal diketahui telah dibuat pada abad kedua Sebelum Masihi oleh Antipater dari Sidon; yang menjadi panduan dikalangan pemerhati masyarakat Hellenik yang hanya memerhatikan hasil kerja pembinaan di sekitar Mediterranean. Senarai kemudiannya memasukkan ciptaan Zaman Pertengahan dan Zaman Moden.

1.     Piramid Giza
Piramid Giza merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.


2.    Taman Tergantung Babylon

Taman Tergantung Babylon dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.


3.    Taj Mahal
Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.
Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi,Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.


4.    Tembok Besar China 
Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).
 
5.    Candi Borobodur
Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Boro , Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi.
Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun 750 dan 850 Masihi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.

6.    Menara Pisa
Menara Condong Pisa merupakan menara loceng, atau menara genta berdiri bebas, bagi gereja besar bandar Pisa di Itali. Menara ini terletak di sebalik gereja besar dan merupakan struktur ketiga yang dibina diPiazza del Duomo ("Dataran Gereja") di Pisa.
Meskipun sepatutnya berdiri betul-betul tegak, namun menara ini mula condong ke arah tenggara sejurus selepas bermulanya pembinaan pada tahun 1173 kerana asasnya yang lemah dan substrat longgar yang membolehkan asas menara beranjak arah. Kini, menara ini condong ke arah barat daya.
Menara Pisa tingginya 55.86 m (183.27 kaki) dari tanah di sisi terendahnya dan 56.70 m (186.02 kaki) di sisi tertingginya. Lebar dinding di tapak menara ini ialah 4.09 m (13.42 kaki) sementara di aras atas pula lebarnya 2.48 m (8.14 kaki). Beratnya dianggarkan kira-kira 14,500 tan metrik(16,000 tan pendek). Menara ini mempunyai 296 atau 294 anak tangga; aras ketujuhnya kekurangan dua anak tangga di tangga yang menghadap ke udara. Menara ini condong sebanyak 3.97 darjah. Ini bererti puncak menara berada 3.9 meters (12 kk 10 in) dari kedudukan sepatutnya seandainya menara ini berdiri tegak. 

7.    Kuil Artemis Turki
Kuil Artemis merupakan kuil tamadun Yunani Purba yang dibina untuk menyembah dewa Artemis. Kuil ini dibina pada 550 S.M. di Ephesus yang terletak di negara Turki hari ini. Kuil ini tergolong dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia Purba tetapi telahpun dimusnahkan oleh Herostratus.





Monday 26 March 2012

NILAI-NILAI SATU MALAYSIA


NILAI-NILAI 1  MALAYSIA
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.  Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
1.        Budaya kecemerlangan
2.      Ketabahan
3.      Rendah hati
4.     Penerimaan
5.      Kesetiaan
6.      Meritokrasi
7.      Pendidikan
8.      Integriti


 1. BUDAYA KECEMERLANGAN 
  •   Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
  •  Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
  •  Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
  •  Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
  •  Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.
2. KETABAHAN
  •  Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
  •  Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.
  • Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.
  •  Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
  •  Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji  kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.
  •  Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya
  •  Dalam   menangani kegagalan,  pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu  diambil bagi menghasilkan perubahan  yang lebih besar dan menakjubkan.
  • Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.
3. RENDAH HATI
  •  Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.
  • Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.
  •  Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat  Malaysia.
  • Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.
  • Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada. 
  •  Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.
4. PENERIMAAN
  •  Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.
  •  Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.
  • Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu,  Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.
  • Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.
  •  Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.
  • Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

5. KESETIAAN
  • Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi.  Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. 
  •  Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.
  • Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran. 
  •  Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.
  •  Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.
  •  Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.
  • Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.
  •  Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik. 
  • Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.
  • Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.
  • Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang  kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.
6. MERITOKRASI
  • Meritokrasi merupakan satu hala tuju  yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.
  • Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik
    atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan  pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru  adalah menjadi  tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut.
  • Meritokrasi menekankan  persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi  kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih. 
  •  Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia  dalam semua bidang.
  •  Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.
  •  Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.
  •  Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.
7. PENDIDIKAN
  • Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan  adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.
  • Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.
  • Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai  minda yang sentiasa terbuka.
  • Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.
  • Semua aliran, sama ada  sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi  dengan mengadakan aktiviti bersama.
  • Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran  hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.

8. INTEGRITI
  • Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan  diperoleh  melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak  daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.
  • Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
  • Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
  • Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
  • Menepati janji  dan masa  adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
  • Menerima kritikan dan teguran  dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan  dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan
  • Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah. 
  • Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan.  Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain.  Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.


Konsep Satu Malaysia


1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.
Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.


 MATLAMAT

‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.




KENAPA MELAYU BERHIJRAH KE AUSTRALIA?


Pendidikan lebih baik, peluang kerjaya cerah dan prospek perniagaan luas menjadi antara tarikan orang Melayu berhijrah dan menetap di Australia, kata seorang ahli akademik Malaysia yang berpejabat di sini.
 Dr Ahmad Zaharuddin Sani, dari Universiti Malaya, yang kini merupakan Felo Kehormat di Institut Asia, University of Melbourne, memberitahu Bernama bahawa orang Melayu di sini adalah golongan profesional, yang meliputi kumpulan pengamal perubatan dan ramai juga terdiri daripada kerani, jurujual dan pekerja industri perkhidmatan.
Laporan Bernama Online menyebut, selain pelajar, kata beliau negeri Victoria sahaja mempunyai kira-kira 5,000 orang Melayu, dengan 75 peratus mereka adalah sama ada penduduk tetap atau warganegara Australia. Gambar atas: Majlis perkahwinan Melayu di Australia.
Kumpulan terbesar orang Melayu berhijrah ke Australia adalah selepas 1981, sama ada di bawah program penyatuan semula keluarga atau menjadi penghijrah dalam bidang kemahiran atau perniagaan. Keadaan ini (penghijrahan orang Melayu) ekoran perubahan dasar yang membenarkan pelajar asing dengan sijil kemahiran dan kelayakan Australia memohon untuk lanjutan menetap di Australia.
Ia mengizinkan lebih ramai orang Melayu mengambil peluang yang diberikan kerajaan Australia untuk melanjutkan masa menetap di sini sebelum memutuskan masa depan mereka. Terdapat juga beberapa orang Melayu yang niat asalnya untuk menyambung pelajaran dan kemahiran akhirnya terus menetap di Australia.
Dr Ahmad berkata ramai orang Melayu di sini terdiri daripada sebilangan jurutera dan sebahagian besarnya doktor dan pengamal perubatan yang datang ke Australia untuk melanjutkan pengajian. Tertarik dengan bilangan orang Melayu berhijrah keluar Malaysia, Dr Ahmad melakukan penyelidikan untuk mencari punca penghijrahan itu.
Dr Ahmad, yang memperoleh ijazah doktor falsafah dari Universiti Malaya dan Master of Theology dari University of Nottingham berkata, terdapat beberapa alasan mengapa orang Melayu meninggalkan tanah tumpah darah mereka lalu berhijrah ke negara lain seperti Australia.
Alasan itu, antara lain termasuklah dasar tidak adil yang hanya dinikmati sebilangan rakyat di negara asal, khususnya di Singapura; peluang pendidikan tinggi lebih baik bagi anak-anak mereka selain percuma dan pendidikan berkualiti; lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji dan suasana kerja lebih baik; faedah penjagaan kesihatan dan manfaat hospital kelas pertama serta jaminan masa depan untuk keluarga mereka di sebalik keturunan kaum mereka. Namun, terdapat isu lain yang merunsingkan Dr Ahmad iaitu sebahagian orang Melayu di luar negara yang enggan menganggap diri mereka orang Melayu. Sebenarnya menjadi orang Melayu tidak langsung merendahkan martabat mereka, mereka seharusnya bangga mejadi orang Melayu dan itulah keistimewaan mereka.
 Dalam politik Malaysia, ia menjadi satu keutamaan nasional. Oleh kerana masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan hubungan langsung dengan Islam, ini bermakna Islam berada dekat di hati dalam banyak konflik politik dalam Negara.