Blogger Widgets

Monday, 5 March 2012

Islam Dalam Tamadun Melayu Serta Peranannya Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

Islam Dalam Tamadun Melayu
A. Konsep Tamadun Melayu

Tamadun Melayu - Sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secare luas      sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di asia tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi.

Istilah Melayu boleh ditakrifkan berdasarkan:
-   Rumpun bangsa dan bahasanya, iaitu Melayu.
- Tergolong dalam cabang Melayu-Indonesia bersama-sama suku Jawa, sunda, Madura, Aceh, Minangkabau,    Bajau, Murut, Bugis, Sasak, Melanau, Iban, Sulu dll.


B. Kedatangan Islam Dan Pengaruhnya ke atas Tamadun Melayu/Alam Melayu

1. Teori dari India


- Dikemukakan oleh Snouck Hurgronje:"...Seolah sebahagian bangsa India memeluk Islam, maka orang-orang Islam dari India turut mengambil bahagian lalulintas dan emigrasi di Nusantara, dan mereka itulah yang memasukkan Islam ke wilayah Nusantara."
- Kemudian pendapat ini jadi popular dan sebahagian orientalis menyetujui antaranya R.O. Winstedt, B. Harrison dll.

2. Teori dari China


- Prof S.Q. Fatimi - perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton 876 (atau 878) akibat pemberontakan yang telah berlaku hingga korbankan 100,000 - 150,000 orang Islam, Pergi ke A.M, antaranya menurut S.Naquib ke Kedah dan palembang. Selain itu ke Champa, Brunei, Pantai Timur T Melayu (Patani, Kelantan, Terengganu dan Pahang) dan Jawa Timur.
- Bukti dari batu nisan Syeikh Abdul Qadir di Langgar, Kedah, Batu bersurat Phan-rang di Kemboja, batu nisan Pahang dan batu bersurat Terengganu 1303M. Pengaruh China ini dibuktikan dengan bentuk masjid di Melaka dan Jawa seperti Pagoda.

3. Teori dari Tanah Arab


- Teori ini mendapat sokongan ramai pada masa kini.
- Hujah:
a. Hamka: ada bukti orang Arab telah belayar ke Indonesia terlebih dahulu sebelum Nabi Muhammad untuk membeli rempah ratus dan kapur barus yang hanya terdapat di sumatera
b. 7M - Islam telah sampai ke Sumatera bila Muawiyah bin Abi Sufian kirim utusan ke raja Srivijaya. Begitu juga Umar bin Abd Aziz telah menggiatkan dakwah dan perniagaan di A.M.
c. Pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Malik - hantar 35 buah armadake muara sabak di Jambi. Armada inilah yang dikatakan bertolak dari ceylon ke Palembang 717M sebelum ke China
d. Pedagang Arab telah berdagang di A.M sebelum Islam lagi. Bila mereka dah peluk Islam maka bermulalah pertapakan Islam di A.M. Sebahagian besar pedagang dari Yaman, Hadramaut dan Oman. Pegislaman Yaman atas usaha Ali Bin Abi Talib mempunyai implikasi terhadap pengislaman AM lantaran merekalah yang menyebarkan Islam ketika singgah di AM.

  Pengaruh dan Kesan Tamadun Islam dalam Tamadun Melayu
     Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah beri pengaruh yang besar Prof. S.M. Naquib al-Attas: Islam telah membawa "zaman baru" di Nusantara, berjaya mengubah "jiwa san wajah" AM                                            
      
       Aspek Perubahan:-
       
       1. Agama
-Kepercayaan tahyul dan khurafat iaitu kepercayaan animisme, dinamisme dan penyembahan nenek moyang atau hyang serta Hindu-Buddha digantikan dengan akidah tauhid.
- Agama Islam menjadi agama rasmi
- Kekuatan pegangan agama telah timbulkan semangat jihad menentang penjajah.

2. social dan budaya
-Budaya, cara hidup dan pemikiran turut mempengaruhi alam melayu. Kepercayaan kepada kekuasaan Allah telah beri setiap individu harga diri kerana tiada perbezaan antara sesama manusia di sisi Allah kecuali taqwa.

3. ekonomi
-Berlandaskan hokum syarak-seperti konsep halal haram
-Kegiatan perdagangan diteruskan.

4. politik dan perhubungan
-Tertubuhnya kerajaan Melayu-Islam, pertama di AM Ta-shih di Sumatera 674M. kemudian Perlak, Samudera-Pasai, Sribuza Islam, Champa, Melaka, Acheh dll.

-Sistem pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah di Turki manjadi contoh dalam pentadbiran iaitu
    -Sultan sebagai ketua Negara dan Ketua Agama
    -Mufti atau alim ulama sebagai penasihat

-Wujud undang-undang Islam bertulis menggantikan undang-undang Melayu tempatan (Malay Local 
Law) seperti di Melaka terdapat:
    -Hukum kanun Melaka: undang-undang negeri
    -Undang-undang Melaka: undang-undang negeri
    -Undang-undang Laut Melaka: undang-undang yang berhubung dengan peraturan laut serta jenayah perdagangan

1 comment:

  1. Thank you to the owner of the blog:

    your blog is so helpful to my Sejarah work - it is an infomative blog
    that about history. hence, I could get my assignemnt done with good
    comment from my teacher. I am happy! I will promote this blog to my
    friends - Hope they will find it useful too. Thank you again.
    Well Done!

    ReplyDelete