Blogger Widgets

Tuesday, 8 May 2012

Perkahwinan Hantu

Perkahwinan hantu dikenali sebagai perkahwinan Yin dan perkahwinan rohani , ia adalah sejenis adat kaum. Ia adalah idea awal yang mendorong upacara ‘perkahwinan hantu’ dijalankan. Ia merujuk kepada upacara perkahwinan yang melibatkan salah seorang atau kedua-dua pihak yang sudah meninggal dunia.
Terdapat beberapa bangsa dan budaya tertentu di seluruh dunia yang mengamalkannya. Selain suku terpencil di Sudan, ia paling sinonim dikaitkan dengan masyarakat Cina. Ikutan kepercayaan ini berkembang dari Tanah Besar hingga ke dalam komuniti Cina tempatan di negara-negara lain.
Orang Cina meletakkan nilai perhubungan antara dua jiwa begitu tinggi, lebih-lebih lagi di kalangan wanita yang dalam usia berpotensi untuk berkahwin. Bagi yang mempercayai konsep ‘perkahwinan hantu’, sekiranya wanita itu menemui ajal sebelum sempat ke gerbang perkahwinan, keluarganya berhak untuk melaksanakan upacara tersebut.
Lelaki yang meminta tidak dirakam gambarnya itu mengakui mengetahui hanya sedikit mengenai ‘perkahwinan hantu’. Dia bagaimanapun menambah, sesetengah keluarga percaya bahawa si mati yang dikebumikan tanpa pasangan akan menjalani kehidupan alam kematian yang tidak tenang.
Sebab itulah, ahli keluarganya yang masih hidup akan mendapatkan khidmat pakar agama seperti dangkee (perantara) untuk mencari pasangan yang sesuai. Selalunya penilaian dibuat berdasarkan hitung kira horoskop.

Kontroversi
Ada juga keluarga si mati yang tidak menggunakan khidmat dangkee untuk mencari pasangannya. Mereka lakukan sesuatu yang lebih pelik kerana percaya bahawa ‘pilihan’ si mati akan muncul tanpa sengaja. Mula-mula, ahli keluarga yang meletakkan sampul merah seperti angpau di tengah-tengah jalan. Mereka kemudiannya bersembunyi untuk mengintip sesiapa yang memungut sampul tersebut.
Apabila seseorang mengutip sampul itu, mereka akan keluar dari tempat persembunyian lalu memberi pengumuman kejutan kepada orang itu tentang statusnya sebagai 'pilihan' pengantin yang telah mati.
Orang Cina memanggilnya sebagai “minghun.” Perkahwinan hantu selalunya diuruskan oleh kaum keluarga si mati atas beberapa sebab. Lazimnya, ia dilakukan secara tertutup di tokong dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.
Tidak semua orang Cina masih mengikuti adat ini kerana ia menimbulkan banyak kontroversi. Lagipun, generasi sekarang sudah moden dan telah boleh menerima hakikat hidup dan mati. Upacara ini juga tidak diterima dalam ajaran ortodoks Taoisme.


Gambar ini adalah diantara tahun 1930-1933 di sekitar Guangdong, perempuan disebelah kiri itu adalah daripada keluarga yang kaya dan hanya mempunyai seorang anak. Lelaki itu adalah daripada keluarga yang bukan kaya dan terkenal di tempatan. Yang malangnya, gadis tersebut meninggal dunia pada awal hajatnya. Melalui pencari jodoh, lelaki tersebut inginkan masuk ke bawah pintu rumah wanita untuk mewarisi harta keluarga dengan syarat berkahwin dengan gadis yang meninggal dunia. Mengikut adat, jika lelaki dewasa dan wanita meninggal dunia sebelum berkahwin adalah suatu simbol yang tidak baik. Oleh itu, mereka akan mencari seorang hidup untuk menjalankan perkahwinan Yin dengan si mati. Hal ini demikian disebabkan ibubapanya mahu mencapai harapan sebagai seorang ibubapa, mereka berharap anaknya dapat disembah oleh keluarga yang berkahwin dengan anaknya supaya tidak berasa ketepian selepas mati.







Perkahwinan hantu 



No comments:

Post a Comment