1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam,
Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan
ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan
kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya
bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.
Ia adalah kesinambungan konsep daripada
dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia
adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan
terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Aspek utama ialah sikap saling hormat
menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di
Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi
jangka masa panjang. Tiada
perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka
mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak
golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.
Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil
tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang
sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan
dalam satu keluarga besar.
‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan
meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan
Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan
terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
No comments:
Post a Comment