Blogger Widgets

Thursday 15 March 2012

ANCAMAN AJARAN SESAT TERHADAP KEHARMONIAN RAKYAT MALAYSIA



Ajaran salah/sesat merupakan satu manifestasi bagi satu proses yang telah bermula sejak beberapa lama dahulu. Negara kita Malaysia, tidak terlepas daripada gejala besar ini yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan boleh menggugat perpaduan ummah. Sebahagian besar daripada ajaran sesat ini jelas menampakkan fahaman-fahaman atau amalan-amalan yang bertentangan dan menyeleweng dari syariat Islam sebenar. Berbagai-bagai bentuk ajaran sesat telah muncul dan menular dalam masyarakat Islam, dan ia telah berjaya mempengaruhi bukan sahaja golongan yang cetek ilmu pengetahuannya sahaja, malah golongan profesional termasuk mereka yang dalam bidang agama juga turut terpengaruh. Gejala ini boleh memesongkan aqidah mereka yang terpengaruh dengan golongan yang sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam, di samping memenuhi kepentingan tertentu. Gerakan ini ada yang dijalankan secara terang-terangan dan ada juga yang bergerak secara halus dan tersembunyi tanpa disedari.

DEFINISI AJARAN SALAH / SESAT
Ajaran salah atau sesat boleh diertikan sebagai ‘sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran atau amalan yang dibawanya itu adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam; Menurut sejarah, ajaran sesat yang paling lama usianya di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada tahun 1870-an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. Sementara di Kelantan, wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud disebarkan dalam tahun 1950-an dan ajaran Martabat Tujuh.Ajaran Subud hampir hilang tetapi ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih hidup bukan sahaja di Kelantan tetapi di negeri-negeri lain. Hari demi hari ajaran sesat telah bertambah dan akhir tahun 1999 jumlahnya dilaporkan menjangkau lebih daripada 100 ajaran.Sehingga kini setiap negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran sesat yang disebarkan secara senyap dan ada kalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh kecil agama tempatan.

CIRI-CIRI AJARAN SALAH / SESAT
1. Mempercayai bahawa kuasa-kuasa ghaib dan luar biasa itu ada juga pada selain daripada Allah s.w.t. Maksudnya kuasa-kuasa itu boleh ada pada manusia yang dipercayai boleh mengetahui perkara-perkara ghaib dan mempunyai kuasa di luar kemampuan manusia.4 Mereka ini dipercayai menggunakan unsur sihir melalui amalan tertentu dengan bantuan jin atau syaitan.
2. Ajaran atau amalan yang dilakukan tidak secara terang-terangan, sebalinya ia dilakukan secara sembunyi, rahsia dan penyampaiannya hanya kepada ahli kumpulan sahaja.
3. Ajaran yang meletakkan ketua atau guru pada taraf yang amat tinggi dan melebihi had yang biasanya diberikan kepada manusia, atau menyamatarafkan ketua atau guru dengan para wali atau para nabi/rasul. Ajaran seperti ini juga menghendaki supaya menghormati ketua atau guru dan meyakini bahawa tidak akan berhasil sesuatu maksud itu kecuali dengan usaha atau kekuasaan ketua atau guru tersebut.

LANGKAH MENGATASI PERKEMBANGAN AJARAN SESAT
1. Melalui pengeluaran dan pewartaan fatwa. Sesebuah kumpulan atau ajaran yang didapati sesat dan  menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar akan dilakukan siasatan terlebih dahulu bagi mendapatkan kesahihan dan bukti yang nyata. Satu kertas kerja yang lengkap akan dikemuka dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sebelum sesuatu fatwa mengeai ajaran sesat itu dikeluarkan seterusnya diwartakan untuk diambil tindakan.
2. Melalui tindakan penguatkuasaan. Apabila sesuatu fatwa mengenai ajaran sesat itu telah diwartakan, tindakan penguatkuasaan akan diambil bagi membendung perkembangan seterusnya melumpuh dan menghapuskan ajaran tersebut.
3. Majlis penjelasan ajaran sesat. Majlis penjelasan atau penerangan akan sentiasa disemarak dan diperhebatkan yang meliputi pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat serta memberi tumpuan kepada semua daerah dan golongan sasaran.



No comments:

Post a Comment