Rahsia Tentang Makam Maharaja Qin Shihuang
Makam Qin Shihuang terletak di kampung Yanzai yang berjarak 5 kilometer dengan sebelah timur kota kaunti Lintong Provinsi Shaanxi China. Sebelah selatan makam itu ialah Gunung Lishan dan sebelah utara ialah Sungai Hui, makam itu serupa sebuah piramida yang sangat besar.
Bentuk dan struktur Makam maharaja Qin Shihuang meniru reka bentuk bandar Xianyang, ibu kota Dinasti Qin, istana bawah tanah dibawah bukit melambangkan istana raja yang mewah, bandar dalam dan luar di dalam makam itu melambangkan kota istana dan pinggir kota Xianyang. Seluruh kawasan seluas 66.25 kilometer persegi, besar lebih satu kali ganda daripada keluasan kawasan bandar Xian pada masa ini.
Sejak Qin Shihuang naik takta yang berusia 13 tahun, beliau mulai membina makamnya di Gunung Lishan, selepas 6 negeri disatukan, lebih 100 ribu orang dari pelbagai tempat membina terus makamnya, sehingga beliau meninggal dunia dalam usia 50 tahun, pembinaan makam itu digunakan masa 37 tahun. Menurut catatan buku sejarah, makam Qin Shihuang dibina dibawah mata air, kemudian diacukan dengan tembaga. Dalam makam itu dibina dewan, pavilion dan tempat duduk untuk 100 pegawai, dan dipenuhi barang-barang bernilai. Demi mencegah pencuri, dalam makam itu dipasang panah rahasia. Disekitar makam itu ada patung tanah liar askar dan kuda. Reka bentuk makam itu telah memperlihatkan maharaja Qin Shihuang mempunyai kuasa yang tertinggi.
Pada tahun 210 sebelum Masihi, Qin Shihuang meninggal dunia di Pingxiang provinsi Hebei sekarang. Selepas mati selama 2 bulan, jenazahnya dibawa balik ke Xianyang dan upacara pengebumian diadakan. Semasa dikebumikan, raja ke-2 Dinasti Qin mengarah, semua dayang Qin Shihuang dan buruh yang membina makam tersebut dikebumikan bersama-sama dalam makam tersebut..
Menurut catatan “ Buku Han” dan “Shuijingzhu”, makam Qin Shihuang pernah dibinasakan oleh Hang Yu pada tahun 206 sebelum Masehi. Katanya, setelah Hang Yu masuk Xianyang, 300 ribu orang mengangkut barang, tapi barang-barang belum habis diangkut. Selanjutnya, juga disebarkan adalah pencuri mencuri keranda tembaga. Ada orang mengatakan, seorang penggembala mencari kambingnya, beliau telah membakar makam selama 90 hari dan lain-lain.
Selepas tahun 1949, pekerja kajipurba China telah mengadakan penyelidikan terhadap makam Qin Shihuang, lebih-lebih setelah patung tanah liar askar dan kuda ditemui. Pekerja kajipurba telah membuka lebih 200 lubang di sekitar istana bawah tanah, tapi hanya mendapati 2 lubang yang digali oleh pencuri sahaja, lubang itu sedalam 9 meter, tapi masih jauh 250 meter dengan pusat makam dan belum masuk ke istana bawah tanah. Sekarang, kedua-dua lubang tersebut sudah dikebumikan dan tidak nampak lagi.
Sekarang, boleh dikatakan istana bawah tanah itu dipeliharan baik dan tidak dirosak dan dicuri. Menurut taksiran, yang dibinasakan oleh Hang Yu pada tahun dahulu berkemungkinan adalah pembangunan di sekitar makam Qin Shihuang, kalau benar, makam itu akan menjadikan satu istana bawah tanah yang terkenal di dunia.
No comments:
Post a Comment