Blogger Widgets

Monday, 26 March 2012

Rahsia Tentang Makam Maharaja Qin Shihuang

Rahsia Tentang Makam Maharaja Qin Shihuang

           Makam Qin Shihuang terletak di kampung Yanzai yang berjarak 5 kilometer dengan sebelah timur kota kaunti Lintong Provinsi Shaanxi China. Sebelah selatan makam itu ialah Gunung Lishan dan sebelah utara ialah Sungai Hui, makam itu serupa sebuah piramida yang sangat besar.


          Bentuk dan struktur Makam maharaja Qin Shihuang meniru reka bentuk bandar Xianyang, ibu kota Dinasti Qin, istana bawah tanah dibawah bukit  melambangkan istana raja yang mewah, bandar dalam dan luar di dalam makam itu melambangkan kota istana dan pinggir kota  Xianyang.  Seluruh kawasan seluas 66.25  kilometer persegi, besar lebih satu kali ganda daripada keluasan kawasan bandar Xian pada masa ini.
Sejak Qin Shihuang naik takta yang berusia 13 tahun, beliau  mulai membina makamnya di Gunung Lishan, selepas 6 negeri disatukan, lebih 100 ribu orang dari pelbagai tempat membina terus makamnya, sehingga beliau meninggal dunia dalam usia 50 tahun, pembinaan makam itu digunakan masa 37 tahun. Menurut catatan buku sejarah, makam Qin Shihuang dibina dibawah mata air, kemudian diacukan dengan tembaga. Dalam makam itu dibina dewan, pavilion dan tempat duduk untuk 100 pegawai, dan dipenuhi barang-barang bernilai. Demi mencegah pencuri,  dalam  makam itu dipasang panah rahasia. Disekitar makam itu ada patung tanah liar askar dan kuda. Reka bentuk makam itu telah memperlihatkan maharaja Qin Shihuang mempunyai kuasa yang tertinggi. 

          Pada tahun 210 sebelum Masihi, Qin Shihuang meninggal dunia di Pingxiang provinsi Hebei sekarang. Selepas mati selama 2 bulan, jenazahnya dibawa balik ke Xianyang dan upacara pengebumian diadakan. Semasa dikebumikan, raja ke-2 Dinasti Qin mengarah, semua dayang Qin Shihuang dan  buruh yang membina makam tersebut dikebumikan bersama-sama dalam makam tersebut..
Menurut catatan “ Buku Han” dan “Shuijingzhu”, makam Qin Shihuang pernah dibinasakan oleh Hang Yu pada tahun 206 sebelum Masehi. Katanya, setelah Hang Yu masuk Xianyang, 300 ribu orang mengangkut barang, tapi barang-barang belum habis diangkut. Selanjutnya, juga disebarkan adalah pencuri mencuri keranda tembaga. Ada orang mengatakan, seorang penggembala mencari kambingnya, beliau telah membakar makam selama 90 hari dan lain-lain. 

           Selepas tahun 1949, pekerja kajipurba China telah mengadakan penyelidikan terhadap makam Qin Shihuang, lebih-lebih setelah patung tanah liar askar dan kuda ditemui. Pekerja kajipurba telah membuka lebih 200 lubang di sekitar istana bawah tanah, tapi hanya mendapati 2 lubang yang digali oleh pencuri sahaja, lubang itu sedalam 9 meter, tapi masih jauh 250 meter dengan pusat makam dan belum masuk ke istana bawah tanah. Sekarang, kedua-dua lubang tersebut sudah dikebumikan dan tidak nampak lagi. 

            
                 Sekarang, boleh dikatakan istana bawah tanah itu dipeliharan baik dan tidak dirosak dan dicuri. Menurut taksiran, yang dibinasakan oleh Hang Yu pada tahun dahulu berkemungkinan adalah pembangunan di sekitar makam Qin Shihuang, kalau benar, makam itu akan menjadikan satu istana bawah tanah yang terkenal di dunia.


Tuesday, 20 March 2012

Sumbangan pencapaian bertaraf dunia oleh Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia Keempat 1981-2002)


Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad

Wawasan 2020
Harapan Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad adalah menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita. Bagaikan seorang artis, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli dengan perlaksanaan yang berterusan. Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang.

Memberkenalkan pelbagai Slogan, Dasar dan Konsep baru
  • Dasar Pandang Ketimur
  • Dasar Penerapan nilai-nilai Islam
  • Dasar Kependudukan 70 juta
  • Wawasan 2020
  • Slogan "Bersih, Cekap dan Amanah".
Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad tidak pernah letih memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih - Cekap - Amanah' dan 'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni dikalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya. Beliau juga memperkenalkan penggunaan 'kad perakam waktu' dan pemakaian tanda nama kepada kakitangan kerajaan

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70 juta' ke arah menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong pengeluarannya.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
En. Anwar dipujuk masuk UMNO, tetapi akhirnya dipecat dan disingkir oleh Dr. Mahathir
Dr. Mahathir telah berjaya memujuk En. Anwar Ibrahim untuk menyertai UMNO. Hasil daripada kerjasama erat antara dua tokoh muncul beberapa perubahan dasar dan perlaksanaan baru dalam kerajaan antaranya ialah Dasar 'Penerapan Nilai-nilai Islam' sebagai satu wadah menerapkan budaya kerja yang selari dengan ajaran Islam. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan perlaksanaan sistem bank alternatif Bank Islam.

Dasar pandang Ke Timur
Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia Beliau kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional.

Dasar Penswastaan
Antara elemen penting dalam Dasar Pandang Ke Timur ialah melihat bagaimana Negara Jepun dan Korea boleh menjadi sebuah negara maju dan menjadi pemimpin dalam beberapa jenis industri dunia. Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha melihat penting peranan swasta. Beliau juga melihat beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap. 

Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa. Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar PengsyarikatanMalaysia yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan.

Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk Malaysia.

Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan.

Penggerak Industri Permotoran Malaysia
Dr. Mahathir mahu Malaysia terlibat dalam industri permotoran agar rakyat negara ini dapat menguasai teknologi dan kekayaan yang ada dalam industri ini. Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal 'Kriss' dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju. Malaysia juga adalah hub pemasangan beberapa jenama kereta terkenal bagi rantau Asia Tenggara.

Proton Saga


Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.

Perubahan dan pembaharuan dalam pentadbiran Dr. Mahathir
·        -Membaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan dalam sektor awam
·        -Mengubah masa kerja
·        -Mengarahkan penggunaan kad perakam waktu
·        -Mengarahkan penggunaan kad tanda nama
·        -Melaraskan waktu antara semenajung Tanah Melayu dan Sabah, Sarawak 

Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah diyakinkan untuk turut serta.

Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah kepimpinan Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara - selatan dan timur - barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.
Project Lubuhraya Utara-Selatan


Transit Aliran Ringan (LRT)

Memperkenalkan bandar pentadbiran moden
Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya pentadbiran persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6 bil. Putrajaya sebuah bandar pentadbiran terancang mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan 'kerajaan elektronik'.

Pencapaian bertaraf dunia
Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia hingga selesai pembinaannya dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh dan juga untuk buat beberapa tahun yang akan datang.

Kuala Lumpur Convention Centre
Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar hidroelektrik baru iaitu Empangan Bakun, sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di Sarawak. Tidak syak lagi, projek ini yang telah diistiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projek prasarana yang terbesar di Malaysia dan bakal dipeta sebagai empangan yang terbesar di Asia. Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat terbang canggih tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini akan tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila siap sepenuhnya, ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta penumpang setahun dan pastinya menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling kompetitif di dunia
Kuala Lumpur International Airport
Malaysia Airlines
Dr. Mahathir berpandangan jauh, beliau bukan saja mempelajari dan memiliki komputer di pejabatnya, tetapi beliau juga mahu rakyat Malaysia menguasai teknologi komputer. Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang akan menjadikan Malaysia pusat pelaburan dan eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia. MSC akan menggabungkan semua ruanglinkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' akan dibina dengan harapan MSC bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia . Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia.

Dr. Mahathir berhasrat agar Malaysia menjadi teraju dan tumpuan dalam industri pendidikan. Malaysia diharap menjadi tumpuan pelajar-pelajar dalam dan luar negara untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Kehadiran pensyarah-pensyarah dalam dan luar negeri bersaing menwujudkan satu budaya ilmu yang baru. Aspek pembangunan akademik menjadi instrument penting untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju. Malaysia kini menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelajar luar yang datang menimba ilmu tetapi juga kepada universiti-universiti luar yang datang untuk menyebarkan ilmu samada dengan membuka cawangan atau mengadakan program berkembar di sini. Dasar liberalisasi pendidikan yang dilaksanakan ini bakal mencorakkan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara. Tidak setakat pendidikan tinggi, konsep kecermelangan pendidikan juga akan diterapkan ke peringkat sekolah dengan memperkenalkan 'sekolah bestari' (smart school) yang bakal beroperasi penuh menjelang tahun 2000.

Tidak kira apa gagasannya - negara membangun, negara dunia ketiga, negara kecil atau negara miskin - beliau dengan berani menyuarakan masalah mereka dalam forum-forum antarabangsa serta menyelar negara-negara maju yang tidak ikhlas membantu malah menindas dengan prejudis. Pandangannya yang kritis tetapi nyata, telah menjadikan beliau jurucakap kepada negara-negara dunia ketiga dan pembela agama Islam yang konsisten. Malaysia mampu berbuat demikian kerana Malaysia "Merdeka' bukan sahaja dari segi politik tetapi juga ekonomi dan yang lebih penting - dari segi spiritualnya.

Dr. Mahathir tidak mampu menukar hari cuti hujung minggu Kedah kepada hari Ahad




Selain dari membina projek mega yang berbentuk infrastruktur seperti lebuh raya, Twin tower KL dan kompleks pusat pentadbiran Putrajaya, Dr. Mahathir juga banyak melakukan perubahan dalam urus tadbir perkhidmatan awam.Antaranya, Dr. Mahathir telah menseragamkan waktu Semenanjung dengan waktu di Sabah dan Sarawak. Walaupun penukaran waktu ini telah menjejaskan sedikit sebanyak cara kebiasaan hidup rakyat di Semenanjung, tetapi lama kelamaan mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru itu.

Akibat pertukaran waktu semenanjung yang awal 30 minit itu menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut, kanak-kanak terpaksa bangun lebih awal untuk ke sekolah, orang dewasa pula tidak sempat hendak minum pagi di rumah sebelum ke tempat kerja.
Dr. Mahathir juga bercita-cita hendak menseragamkan cuti hujung minggu bagi semua negeri-negeri di Malaysia. Ada setengah negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad, manakala setengah lagi cuti hujung minggunya jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu seperti Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu.

Tetapi kerana mengambil kira kekangan politik, Dr. Mahathir tidak mampu untuk melakukan perubahan cuti hujung minggu ini bagi diseragamkan kepada hari Sabtu dan Ahad untuk semua negeri, kecuali negeri Johor.Kepada umat Islam di Malaysia, seperti telah tertanam dalam fikiran mereka, telah mengaitkan hari cuti hujung minggu ini dengan keagamaan. Mereka mengatakan hari Sabtu adalah hari cuti untuk kaum Yahudi, hari Ahad pula adalah hari cuti bagi penganut Kristian. Orang Kristian pergi ke gereja mereka pada setiap hari Ahad.

Kebetulan orang Islam pula wajib sembahyang Jumaat di masjid pada setiap hari Jumaat. Oleh itu mereka bersangka adalah wajar sebagai menghormati hari Jumaat dan sesuai kalau hari Jumaat dipilih sebagai cuti hujung minggu.Sebenarnya kaitan cuti hari Jumaat dengan agama Islam hanyalah prasangka atau andaian yang dibuat-buat sahaja. Ia bukanlah perintah, suruhan, mahupun ajaran Islam yang sebenar. Tetapi parti politik yang berlabel Islam telah memainkan isu cuti hari Jumaat ini sehingga Dr. Mahathir tidak mampu untuk menukar hari cuti hujung minggu terutamanya di Kedah kepada Sabtu dan Ahad.

Di kedah, pengaruh PAS sangat kuat, tidak hairanlah kalau dalam PRU-12 pada tahun 2008 yang dulu PAS boleh menang dengan mudah. Walaupun Dr. Mahathir adalah Ahli Parlimen dari Kedah dan menjadi Perdana Menteri, tetapi bila berdepan dengan isu sensitif yang dikaitkan dengan Islam, beliau tidak mampu berbuat apa-apa. Semasa Johor menukar cuti hujung minggunya dari Khamis dan Jumaat kepada hari Sabtu dan Ahad, saya baru saja beberapa tahun menetap di Johor setelah pindah dari Kuala Lumpur. Semasa itu Johor di bawah Menteri Besar Muhyiddin Yasin.

Johor adalah negeri yang boleh dikatakan hampir 100% orang Melayunya menyokong UMNO. Tidak banyak tentangan dari orang Melayu Johor bila cuti hujung minggu negeri itu ditukar dari hari Jumaat kepada hari Ahad, kalau ada pun, hanya dari orang-orang yang bergelar ahli agama, termasuklah pak Imam dan guru-guru agama. Tetapi tentangan mereka itu pun bukan secara terang-terang, hanya cakap-cakap belakang saja. Lama kelamaan padam begitu saja. Apatah lagi mereka juga berpegang kuat kepada seruan agama supaya mentaati pemimpin.

Thursday, 15 March 2012

ANCAMAN AJARAN SESAT TERHADAP KEHARMONIAN RAKYAT MALAYSIA



Ajaran salah/sesat merupakan satu manifestasi bagi satu proses yang telah bermula sejak beberapa lama dahulu. Negara kita Malaysia, tidak terlepas daripada gejala besar ini yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan boleh menggugat perpaduan ummah. Sebahagian besar daripada ajaran sesat ini jelas menampakkan fahaman-fahaman atau amalan-amalan yang bertentangan dan menyeleweng dari syariat Islam sebenar. Berbagai-bagai bentuk ajaran sesat telah muncul dan menular dalam masyarakat Islam, dan ia telah berjaya mempengaruhi bukan sahaja golongan yang cetek ilmu pengetahuannya sahaja, malah golongan profesional termasuk mereka yang dalam bidang agama juga turut terpengaruh. Gejala ini boleh memesongkan aqidah mereka yang terpengaruh dengan golongan yang sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam, di samping memenuhi kepentingan tertentu. Gerakan ini ada yang dijalankan secara terang-terangan dan ada juga yang bergerak secara halus dan tersembunyi tanpa disedari.

DEFINISI AJARAN SALAH / SESAT
Ajaran salah atau sesat boleh diertikan sebagai ‘sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran atau amalan yang dibawanya itu adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam; Menurut sejarah, ajaran sesat yang paling lama usianya di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada tahun 1870-an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. Sementara di Kelantan, wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud disebarkan dalam tahun 1950-an dan ajaran Martabat Tujuh.Ajaran Subud hampir hilang tetapi ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih hidup bukan sahaja di Kelantan tetapi di negeri-negeri lain. Hari demi hari ajaran sesat telah bertambah dan akhir tahun 1999 jumlahnya dilaporkan menjangkau lebih daripada 100 ajaran.Sehingga kini setiap negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran sesat yang disebarkan secara senyap dan ada kalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh kecil agama tempatan.

CIRI-CIRI AJARAN SALAH / SESAT
1. Mempercayai bahawa kuasa-kuasa ghaib dan luar biasa itu ada juga pada selain daripada Allah s.w.t. Maksudnya kuasa-kuasa itu boleh ada pada manusia yang dipercayai boleh mengetahui perkara-perkara ghaib dan mempunyai kuasa di luar kemampuan manusia.4 Mereka ini dipercayai menggunakan unsur sihir melalui amalan tertentu dengan bantuan jin atau syaitan.
2. Ajaran atau amalan yang dilakukan tidak secara terang-terangan, sebalinya ia dilakukan secara sembunyi, rahsia dan penyampaiannya hanya kepada ahli kumpulan sahaja.
3. Ajaran yang meletakkan ketua atau guru pada taraf yang amat tinggi dan melebihi had yang biasanya diberikan kepada manusia, atau menyamatarafkan ketua atau guru dengan para wali atau para nabi/rasul. Ajaran seperti ini juga menghendaki supaya menghormati ketua atau guru dan meyakini bahawa tidak akan berhasil sesuatu maksud itu kecuali dengan usaha atau kekuasaan ketua atau guru tersebut.

LANGKAH MENGATASI PERKEMBANGAN AJARAN SESAT
1. Melalui pengeluaran dan pewartaan fatwa. Sesebuah kumpulan atau ajaran yang didapati sesat dan  menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar akan dilakukan siasatan terlebih dahulu bagi mendapatkan kesahihan dan bukti yang nyata. Satu kertas kerja yang lengkap akan dikemuka dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sebelum sesuatu fatwa mengeai ajaran sesat itu dikeluarkan seterusnya diwartakan untuk diambil tindakan.
2. Melalui tindakan penguatkuasaan. Apabila sesuatu fatwa mengenai ajaran sesat itu telah diwartakan, tindakan penguatkuasaan akan diambil bagi membendung perkembangan seterusnya melumpuh dan menghapuskan ajaran tersebut.
3. Majlis penjelasan ajaran sesat. Majlis penjelasan atau penerangan akan sentiasa disemarak dan diperhebatkan yang meliputi pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat serta memberi tumpuan kepada semua daerah dan golongan sasaran.



Tuesday, 13 March 2012

Kebudayaan Baba & Nyonya







Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di  Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu  (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka . Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan  mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di hzaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja.


Budaya
Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka dan lain-lain.

Pakaian




Pakaian Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang.


Agama
Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina  dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.


Masakan

Kesan dari pengaruh Melayu, lahirnya  masakan " Nyonya"yang menggunakan rempah masakan Melayu. Contohnya ayam kapitan, sejenis kari ayam kering; inci kabin, iaitu  ayam goreng cara Nyonya; dan pindang bandeng, kuah ikan yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di singapura.

Perkahwinan
Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar menmperisterikan atau mempergundikkan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera. Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang bersinergi.

Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami.
Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.
Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian. Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.

















Thursday, 8 March 2012

Kebudayaan Tamadun Cina



A. Kebudayaan Yangshao

Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM). Bagaimanapun, berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik (Zaman Batu Baru), yang paling awal dan mempunyai ciri tersendiri disebut Yangshao berdasarkan namatinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan ini yang terletak di Yangshao di provinsi Shaanxi. Tapak terawal petempatan Yangshao yang dibangunkan sepenuhnya itu pula mula muncul pada milenium ke-5SM di Banbo, Xi'an di provinsi Shaanxi. Tapak- tapak tradisi kebudayaan Yangshao ini dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River) dan ini menunjukkan kawasan terletaknya pusat peradaban Cina. Di kawasan ini, selama berkurun-kurun lamanya tanah pasir halus yang dimendapkan oleh angin telah menjadi tanah loes yang subur, lembap serta mudah untuk dikerjakan terutama dalam bidang pertanian. Keadaan bentuk geografi ini telah mendorong dan menggalakkan pembangunan petempatan manusia dan kegiatan pertanian.

Berdasarkan tinggalan arkeologi, didapati bahawa orang Yangshao menetap di perkampungan kecil dengan kegiatan bertani, memelihara babi, membuat tembikar berlukisan (paintedpottery) dan menanam mayat si mati dalam tanah perkuburan yang khas. Makanan asasi atau ruji orang Yangshao ialah bijirin (milet) dan ia kekal diet asas rakyat biasa di bahagian utara negara China. Satu lagi unsur tradisi dan kesinambungan ialah peranan orang Cina dalam bidang penternakan binatang seperti babi (dan kemudiannya ayam) sebagai diet tambahan. Asas teknologi pertanian yang diubahsuaikan secara turun-temurun ini, juga menyumbang terhadap asas pertumbuhan ekonomi dalam tamadun Cina.

Selama lebih kurang 5,000 tahun lamanya iaitu kira-kira 6 mileniumSM, kebudayaan atau tamadun Yangshao ini telah berkembang serta terbentang di bahagian-bahagian tengah dan ulara negara China, dan kemudiannya diganti secara beransur-ansur oleh kebudayaan Longshan.

B. Kebudayaan Longshan dan Zaman Gangsa

Kebudayaan Longshan muncul sejak pertengahan kurun ke-2SM dan Zaman Gangsa Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2SM atau awal milenium pertamaSM merupakan kebudayaan yang lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao. Tamadun Longshan diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan, di provinsi Shandung. Manakala pusat-pusat penting peradaban Zaman Gangsa terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi dan juga di Sanxingdui, di provinsi Sichuan.

Berbanding tembikar bertanda tali pintal (cord-marked) dan yang berlukisan, tembikar Longshan (terutamanya tembikar hitam) bergantung kepada gaya dan bentuk sebagai daya penarik estetiknya dan jarang dijumpai lukisan hiasan seperti yang ada pada bekas-bekas Yangshao. Kualiti tembikar Longshan yang lebih tinggi mutunya menunjukkan penggunaan mesin peroda tembikar(potter's -wheel) dalam pengeluarannya. Ciri-ciri peradaban pertanian Longshan termasuk penanaman bijirin dengan menggunakan penyodok dan sabit.

Dalam Zaman Gangsa pula, gangsa dinilaikan sebagai simbol elit kuasa diraja dinasti Shang (1766SM-1122SM) dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting di negara ini. Logam gangsa dihubung kait dengan bekas-bekas ritus (ritual vessels) atau untuk upacara keagamaan selain digunakan untuk membuat loceng dan senjata. Penggunaan gangsa tersebar meluas di kalangan kaum bangsawan yang lebih rendah taraf statusnya di sepanjang tempoh dinasti Zhou (kk 1123-221SM). Artifak-artifak halus termasuk lampu dan patung-patung kecil, kesemuanya diperbuat daripada gangsa secara berterusan sepanjang era empayar tersebut. Namun begitu, pembangunan teknologi besi sejak lebih kurang 500SM telah mengehadkan perkembangan kegunaan gangsa untuk tujuan umum.

Dinasti Shang memperlihatkan dengan ketara mengenai satu fasa pembangunan yang baru iaitu kemunculan peradaban melalui kelahiran ciri-ciri bertamadun antaranya pembentukan negara-kota, penggunaan sistem tulisan, peningkatan pengkhususan pekerjaan dan organisasi masyarakat yang lebih kompleks. Peradaban Shang berpusat di bahagian utara He'nan, yang ditemui dua tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang yang memberikan maklumat sejarah mengenai dinasti dan tamadun ini. Namun begitu, tarikh tepat peradaban Shang dan dinasti Shang masih tidak dapat ditetapkan. Walaupun tahun 1766SM-1122SM adalah tarikh yang diterima secara tradisi, namun terdapat bukti- bukti yang menyokong pendapat bahawa dinasti Shang bermula kira-kira 1600SM dan berakhir pada tahun 1027SM.

Selain penemuan inskripsi di atas tulang oracle dan kulit kura-kura (tortoise shells) dan bekas-bekas yang diperbuat dengan gangsa rata yang ditarik oleh kuda, tembok-tembok mengelilingi ibu kota-ibu kota dinasti Shang, hasil penemuan arkeologi ini memperlihatkan perbezaan-perbezaan utama antara peradaban Shang dengan peradaban-peradaban Neolitik sebelumnya.

Tamadun Cina

Dinasti Cina

1.     Dinasti Xia
2.    Dinasti Shang
3.    Dinasti Zhou
4.    Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh
5.    Zaman Negeri-negeri Berperang
6.    Dinasti Qin
7.    Dinasti Han
8.    Zaman Jin
9.    Dinasti-dinasti Selatan dan Utara
10.  Dinasti Tang
11.   Lima Dinasti dan Sepuluh Kerajaann
12.   Pembahagian politik: Liao, Song, Xia Barat, Jin, Mongol
13.   Dinasti Yuan
14.   Dinasti Ming
15.   Dinasti Qing
16.   Zaman Moden
17.   Republik China
18.   Republik Rakyat Cina

Dinasti yang menyumbangkan Tembok Besar China



Ahli-ahli sejarah sering merujuk kepada tempoh dari Dinasti Qin sehingga keakhiran Dinasti Qing sebagai Empayar China. Walaupun pemerintahan Maharaja Qin hanya berlangsung selama dua belas tahun, baginda dapat menaklukkan banyak kawasan yang kemudian menjadi teras tanah air bangsa Han dan menyatukan penduduk-penduduk kawasan tersebut di bawah sebuah kerajaan ultrakeundangan terpusat yang ketat yang berpusat di Xianyang (Xi'an masa kini). Doktrin ultrakeundangan yang memandu pemerintahan Qin menegaskan pematuhan yang tegas kepada sebuah kod undang-undang serta kuasa mutlak maharaja. Sedangkan falsafah ini amat berkesan untuk memperluas empayar dengan gaya ketenteraan, ia terbukti tidak berjaya untuk memerintah pada waktu aman. Qin menindas sebarang penentangan politik dengan kejam, termasuk peristiwa yang dikenali sebagai "Membakar karya klasik dan mengebumikan cendekiawan".

Dinasti Qin amat dikenali untuk memulakan Tembok Besar China yang kemudian dilanjutkan oleh Dinasti Ming. Sumbangan-sumbangan utama Qin yang lain termasuk penyatuan kod undang-undang, bahasa tulisan dan mata wang China selepas penderitaan Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh serta Zaman Negeri-negeri Berperang. Perkara-perkara yang paling asas seperti panjangnya gandar kereta kuda juga diseragamkan untuk memastikan sebuah sistem perdagangan yang berdaya di seluruh empayar.